1,149 Kanak-Kanak Bawah Umur Palestin Ditahan Israel Tahun Ini

 


Tentera Israel telah menahan 1,149 kanak-kanak Palestin sejak awal tahun ini, menurut kumpulan hak asasi Palestin pada hari Sabtu.

Persatuan Banduan Palestin membuat pengumuman itu sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

NGO itu berkata kebanyakan kanak-kanak yang ditahan sejak itu telah dibebaskan, tetapi 160 daripada mereka masih meringkuk di penjara Ofer, Damoun dan Megiddo.

Sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kanak-kanak yang ditahan telah dikenakan beberapa bentuk penyeksaan fizikal, menurut kenyataan itu, manakala kesemua mereka terdedah kepada penyeksaan psikologi semasa tahanan.

Sejak 2000, Israel telah menangkap sekurang-kurangnya 19,000 kanak-kanak Palestin berumur antara 10 hingga 18 tahun, menurut NGO itu.

Hari Kanak-kanak Sedunia disambut secara global pada 20 November setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak dan untuk mempromosikan dasar yang akan meningkatkan kesejahteraan mereka.

Ulasan