Budaya Infak Kekuatan PAS


Katakanlah apa sahaja kepada PAS, tomohan negetif dan celaan, 'Parti Tong Milo, Parti peminta sedekah, Parti derma' dan apa lagi gambaran seakatan dengannya. Ahli Pas yang aktif melebihi 800 ribu orang melata di seluruh pelusuk bumi memahaminya. 

Setiausaha PAS Pusat, Datuk Seri Takiyuddin Hj Hassan mengesahkan perkara infak ini dalam ucapan pergulungan di Muktamar Pas kali ke-67 di Kuala Terengganu apabila mengisahkan bagaimana potongan bulanan yang ditetapkan kepada mana-mana induvidu dalam parti yang memegangn jawatan dalam kerajaan pusat khasnya. 

Bukan sahaja di Pusat bahkan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS. Beliau menyebut sehingga RM8000 dipotong sebulan setiap seseorang dari mereka yang menjawat jawatan Menteri, RM7000 Timbalan Menteri dan RM4000 setiap Ahli Parlimen PAS. 

Budaya infak ini juga menjadi amalan disemua peringkat pengurusan dalam PAS, dan ini satu pendedahan berani yang kongsikan dengan mendedahkan budaya ini. Umum mengetahui kegiatan ini juga mampu menjamin kekuatan umat Islam seluruh dunia dalam pengurusan kewangan mana-mana kesatuan besar. 


Naraza Muda.

Catatan muktamar 67 Hari Kedua

Ulasan