21 November 2021

Fenomena Jambatan Angkat Kembali!


KUALA TERENGGANU - Fenomena Jambatan Angkat (Drawbridge) kembali menjadi tarikan para pengunjung ke bandar raya Kuala Terengganu, yang kini kini pulih selepas negara membuka sempadan negeri.


Polis lalu lintas dikerahkan untuk menyuraikan kekusutan trafik di sekitar jambatan ikonik tersebut.

Tinjauan yang dibuat semalam, beratus-ratus kenderaan termasuk bas rombongan singgah di dataran Drawbridge yang terletak dianjung utara pemecah ombak, berhampiran Kampung Seberang Takir.

Walaupun telah mencapai ‘edah’ musim monsun tetapi suasana bulan mengambang semalam menjadikan pemandangan jambatan angkat, lebih ayu.

Seorang pengunjung dari Nilai, Negeri Sembilan berkata, beliau mengambil cuti khusus untuk bertemu keluarga di Buluh Gading dan mengambil kesempatan melawat jambatan.


"Sebelum ini saya tengok dalam media sosial, dalam facebook je jambatan Drawbridge ni. Hari ini saya turun diri tengok," katanya.

Beliau datang bersama emak dan dua anaknya, merakankan gambar ‘kasih sayang’ berlatar belakangkan jambatan angkat.

Pasarnita yang terletak di sebelah selatan dalam bandar Kuala Terengganu turut menerima tempias daripada kebanjiran pengunjung pada malam Ahad semalam.

Tiga orang polis trafik ditempatkan di jalan sekitar kawasan itu bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan dari bandar Kuala Terengganu.





Tiada ulasan:

Pencerobohan Rusia Keatas Ukraine Umpama Perang Dunia Kedua

Pencerobohan Rusia berskala penuh ke atas Ukraine boleh menandingi Perang Dunia Kedua, kata ketua angkatan tentera UK pada hari Rabu.