Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) satu perjuangan Islam yang menjadi nakhoda bahtera penyelamat manusia berperanan menegakkan amar makruf nahi mungkar.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan berkata, dalam PAS sebagai sebuah bahtera yang mempunyai tarbiyah dakwah dan siasah serta perlu faham fungsi masing-masing.
“Bahtera PAS ada nakhodanya, serta pasukan yang bersiap siaga merancang. Kita pula adalah kelasi dan penumpang sepatutnya jelas peranan, bahtera ini mengikut peranan kita.. ikhlas, untuk tugasan yang diamanahkan kepada kita.
“Kita hanya pelaksana arahan keputusan parti, umpama sebuah pasukan bola sepak yang ada ketua jurulatih, disana ada kepimpinan yg merupakan pengurus pakaian dan peralatan…kasut jasey dan sebagainya, disitulah pasukan setiausaha agung, kami itqan melaksanakan keputusan presiden dan pimpinan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Muktamar PAS kali ke 67 di Duyong Marina & Resort pada pagi ini.
Menurutnya, PAS sebuah organisasi gerakan politik islam ini yang mana ahli adalah batu bata yang ada aturan dan peranan masing-masing.
“Sebahagian daripada mereka mendapat tempat tingkat atas manakala sebahagian lagi di tingkat bawah dan ketika dalam pelayaran apabila orang di tingkat bawah inginkan air mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada di tingkat atas.
“Lalu mereka berkata jika kita membuat lubang pada tingkat ini bawah nescaya kita tak perlu lagi meminta kepada orang di atas kita . jika mereka berada di tingkat atas pula membiarkan mereka di tingkat bawah melakukan apa yang mereka kehendaki iaitu melupakan kapal pasti semua akan musnah.
“Sebaliknya mereka yang berada di tingkat atas menahan dengan tangan mereka rancangan menumbangkan kapal pasti mereka yang berada di tingkat atas agar selamat dan akan selamat semuanya termasuk yang berada di tingkat bawah,” ujarnya.
Justeru itu, beliau barharap agar ahli memahami dan menjaga menjalankan peranan ini sebaiknya adalah kunci sebuah bangunan perjuangan islam yang kukuh yang bernama PAS.
Ulasan