06 November 2021

PAS Sarawak Bersedia Hadapi PRN


KUALA TERENGGANU - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak menyatakan kesediaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Perwakilan Sarawak, Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir berkata, buktinya PAS Beting Maro telah bersedia dengan  30 cawangan yang sudah bergerak aktif sejak 2019 lagi.

"Bukan kami tidak sabar, tetapi inilah semangat baharu PAS Sarawak demi mamastikan ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pertama di Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan Nasional pada PRN ke-12 kelak," katanya. 

Ustaz Halim berkata demikian sebagai mewakili PAS Sarawak ketika berucap menyokong ucapan dasar Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina  & Beach Resort di sini hari ini. 

Katanya, menyedari sifir politik Pilihan PRU14, agak rumit dan kompleks, PAS Sarawak melalui DUN-DUN telah mengerakkan gerakerja yang sebaik mungkin.  

" Kami amat mengharapkan agar mendapat 'greenlight' dari pemimpin Pusat adakah dibenarkan bertanding atau sebaliknya," ujarnya.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...