06 November 2021

PAS Tempa Sejarah Ambil Alih Kerajaan Malaysia

 

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU - PAS telah menempa sejarahnya yang tersendiri, apabila berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan secara aman dan demokratik daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengusai kerajaan dengan penuh pembohongan.

Presiden PAS, Dato Seri’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, Langkah itu telah berjaya mengubah landskap politik negara yang sebelumnya telah mengheret negara ke arah liberal sehingga berani merungkaikan asas-asas yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan.

“Kita mengembalikan kepimpinan kerajaan kepada kepimpinan Islam yang selaras dengan konteks masyarakat majmuk di negara ini.

“Perubahan dilakukan melalui pendekatan menyatukan parti-parti dan kelompok umat Islam yang sedar serta insaf. Pada masa yang sama, disertai kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan memahami realitik demografi penduduk Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS, pada Muktamat Tahunan PAS Kali Ke-67, di Duyong Marina & Resort, di sini pada hari ini.

Mengulas mengenai muktamar yang diadakan berkenaan, katanya ia merupakan muktamar terpenting dan terkahir sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 untuk Islam terus memimpin.

“Dengan mengekalkan kerajaan Persekutuan dan negeri yang dimenangi oleh PAS serta menambah bilangan kerusi dan pengaruh di negeri-negeri lain,” ujarnya.


Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...