PAS Ziarah Keluarga Mangsa Kereta Terbakar

 

Oleh : Azizah Mahmood


KUALA TERENGGANU - Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa prihatin, segera menziarahi keluarga mangsa yang terlibat dengan kebakaran kereta untuk menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah.
Mewakili Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Nordin Ali menyampaikan sumbangan kepada balu  Allahyarham Azizi Jaafar, Roslinda Ahmad Ramzi, 32.

"Arwah Azizi yang memandu Alza telah mengiringinya ayah yang berada di dalam ambulan untuk di bawa pulang ke rumah mereka di Kampung Wakaf Mempelam.

"Kereta miliknya  terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, arwah  cuba  untuk menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap gagal disebabkan api yang merebak cepat," kata Nordin ketika ditemui selepas ziarah tersebut di sini semalam.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan  tiga anak dimana yang sulong berusia 12 tahun, adiknya enam tahun dan yang bongsu setahun tiga bulan.

Dalam kunjungan tersebut,  sumbangan turut disampaikan kepada keluarga ayah Allahyarham, Jaafar Abdullah setelah ayahnya  turut meninggal awal pagi tadi.

"Allah lebih menyayangi arwah yang di jemput dalam keadaan begitu memilukan.

"Namun pemergiaannya ditemani ayah tercinta pagi ini, damailah mereka di sana," tambah Nordin.

Ulasan