Pelbagai Pihak Sambut Baik Pelantikan Ustaz Husain


KUALA TERENGGANU  - Pelbagai pihak menyambut baik pelantikan semula Senator Dato’ Ustaz Husain Awam sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peribadi dan kepimpinan Ustaz Husain sentiasa membuatkan beliau merasa tenang dan kagum.

“tutur bicara beliau yang penuh hikmah dan sering menjadi rujukan utama saya dalam hal-hal berkaitan parti. 

“Tahniah YB Senator atas pelantikan ini, meneruskan lagi amanah dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bagi sesi 2021/2023.” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berharap agar Ustaz Husain sentiasa diberkati dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. 

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu  merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Husain atas pelantikan tersebut.

Ketuanya, Ustaz Mohd Harun Esa yakin, beliau menerajui PAS Terengganu dan meneruskan usaha penyatuan umat di negeri ini.

“Semoga PAS Terengganu terus mengorak langkah memastikan wadah perjuangan islam disini terus diperkukuhkan bagi menyatukan umat Islam di Terengganu.

“Selamat menjalankan amanah kami ucapkan dan semoga sentiasa dalam tuntunan serta kasih sayang daripada Allah,” katanya.

Manakala Dewan Muslimat Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada YB Dato' Ustaz Husain bin Awang di atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu bagi sesi 2021/2023.

“Semoga diberi kekuatan di dalam memimpin PAS Terengganu. Siiru a'la barokatillah,” menurut laman sosial Dewan Muslimat.


Ulasan