Penubuhan PAS Merubah Lanskap Siasah Negara


KUALA TERENGGANU - Kemunculan PAS dalam sejarah, merubah lanskap politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya.

"Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai."jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui hantaran di laman sosialnya, sempena ulang  tahun ke 70 Tahun penubuhan PAS, semalam

Justeru tegas beliau, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan cita-cita untuk menegakkan hukum dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Menurutnya, ia jelas berbeza dengan penubuhan parti-parti politik lain, sama ada yang masih aktif di pentas politik masa kini, atau pun yang telah 'pupus'. 

"PAS ditubuhkan oleh para ulama untuk membawa agenda politik, dakwah dan tarbiah Islamiah kepada umat.

"Hari ini 70 tahun usia PAS, harakatul ummah ini terus istiqamah memimpin umat Islam dalam perjuangan mencapai matlamat dan cita-cita." tambah beliau.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS telah mengumumkan, satu sambutan akan diadakan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu.

"Mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan suatu program khas bagi memperingati Ulang Tahun Penubuhan PAS yang ke-70,

"akan diadakan pada Ahad, 12 Disember 2021, bertempat di Kuala Terengganu." katanya dalam satu kenyataan media, pada 21 November 


Ulasan