Petugas Media Dan IT Berkampung


Oleh : YB Alias Che Hamid

Sejak semalam petugas Media dan IT PAS Kawasan Kemaman berkampung di Melaka bagi membantu persediaan dan kemenangan calon N09 DUN Durian Tunggal, Tuan Jaafar Othman.

Saya juga dimaklumkan petugas muslimat kita dari Kemaman, Saudari Hidayat Ibrahim yang merupakan Ketua Lajnah IT Dewan Muslimat PAS Kawasan merangkap Timbalan Ketua II Ameerah Kawasan Kemaman akan mengisi slot siaran langsung di sana. Juga turut bersama seorang lagi petugas muslimat dari Kemaman, Saudari Ummi Syuhada Halmi Shari yang merupakan Ketua IT Ameerah Kawasan.


Diharap team yang dipimpin oleh Saudara Hafiz Adam, Setiausaha PAS Kawasan dipermudahkan segala urusan. Turut disertai bersama Saudara Amri Mamat, Pengarah Pilihanraya, serta Pegawai Media Parlimen Kemaman, Saudara Wan Abdul Hadi dan Ayoh Wan (Saudara Wan Razali) kita yang berkhidmat membawa petugas kita sampai ke Melaka.

InsyaAllah segenap tenaga dan keupayaan petugas dari kawasan kita akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Pastinya pengalaman petugas PRN kali ini memberi kelainan kerana penggunaan media adalah platform utama berkempen pada kali ini.

Semoga kemenangan berpihak bagi calon kita dari Perikatan Nasional, Tuan Jaafar Othman.

#jakpo4duriantunggal
#melakamemilihpn
#PerikatanNasional
#MelakaPilihPN

Ulasan