KUALA NERUS - PAS masih meneruskan usaha untuk berunding dengan Umno agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, inisiatif menyatukan parti-parti Melayu Islam berterusan sehingga hari penamaan calon.
“Saya tidak boleh umumkan kerana belum ada satu ketetapan yang muktamad di Melaka ini, sebagaimana kita sedia maklum di sini ada 28 kerusi, kalau bahagi tiga dan banyak.
"Dimana masing-masing akan menerima 9 atau 10 kerusi. Kalau selesai perundingan ini kita yakin gabungan parti-parti ini akan mendapat kejayaan lebih 2/3 dimana kita perlukan 19 kerusi untuk mencapai target tersebut.' jelasnya.
Menurutnya, pendirian PAS bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Tegasnya, PAS masih optimis kesefahaman akan dapat dicapai diantara parti-parti berkenaan yang telah membentuk kerajaan di peringkat persekutuan
.
“Maknanya, secara idealnya parti-parti yang da dalam kerajaan persekutuan tidak boleh bertanding untuk menentang satu sama lain,
"inilah yang dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden PAS itu sendiri yang selama ini menjadi pemudah cara untuk berperanan agar tidak wujudnya perpecahan,” ujarnya.
Oleh itu, tambah beliau, Muafakat Nasional (MN) masih wujud dan PAS bersama PN kerana ia secara rasminya telah didaftarkan.
“MN kekal, kita pertahankan PN. Walaupun MN belum didaftarkan namun ia masih didokong oleh kita kerana kita hendakkan perpaduan.
“Konsep MN bukan hanya antara PAS dan Umno sahaja tetapi ia akan berkembang kepada parti politik yang lain, Badan bukan Kerajaan (NGO) , orang peseorangan yang yang mempunyai aspirasi yang sama, ” ujarnya.
Beliau berkata demikian, pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-67, di sini, pada hari ini.
Turut hadir, Pengarah Muktamar Tahunan PAS kali ke-67, Dr Alias Razak.
Justeru itu, kata Takiyuddin, Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini melibatkan 694 orang daripada 1,546 perwakilan dari seluruh negara.
Katanya, muktamar tahun ini diadakan secara hibrid, di mana 852 perwakilan negeri-negeri akan berada di tempat mereka masing-masing.
“Sepatutnya 1,546 perwakilan yang berada di Kuala Terengganu, namun hanya seramai 694 orang hadir kali ini,” katanya
Ulasan