'Ameerah Ride' Agih Telekung


KEMAMAN - Program 'Ameerah Ride',  konvoi bermotosikal Ameerah masuk kampung, singgah di rumah wanita muda di sekitar Kampung Pasir Gajah.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih, YB Cikgu Ab Razak Ibrahim berkata, misi Ameerah DUN itu menyantuni golongan tersebut dengan mengagihkan telekung sembahyang. 

"Seramai 30 orang yang sempat 'team' kita santuni hari ini, rata-rata wanita muda ini, ada yang masih belajar dan ada juga yang sudah bekerja untuk menyara keluarga," katanya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dipetik berkata di media sosialnya pada 13 Disember, minggu lalu. 

Sehubungan itu, Ketua Ameerah Cawangan Pasir Gajah Ton Hazwani Mardhiah Ton Syary berkata, pakaian solat muslimat yang diedarkan adalah sumbangan Cikgu Ab Razak sendiri. 


"Sebanyak 30 pasang telekung telah diedarkan di samping menyantuni  seterusnya menjalinkan ukhuwah Ameerah DUN Air Putih dengan wanita muda di DUN ini" katanya ketika dihubungi semalam. 

Turut sama menyertai program itu bersama-sama Ketua PAS, Ameerah Cawangan dan juga Ketua Ameerah DUN, Nor Arbaeiyah Wahab.

Sementara itu,  Nor Arbaeiyah memberitahu bahawa beberapa program telah dirangka bagi menyantuni wanita-wanita muda di sekitar DUN Air Putih. 

"Insyaallah hari Jumaat ini kita akan ke Cherul bagi program 'Chit Chat Muslimat Muda' di sana bersama-sama ADUN Air Putih," ujar beliau.

Ulasan