Anak Muda Mesti Terlibat Proses Demokrasi


 Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa anak muda Malaysia agar tidak mensia-siakan peluang untuk mengundi apabila undi 18 telah diwartakan berkuat kuasa bermula 15 Disember 2021.

2. DMPM percaya bahawa keterlibatan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara adalah sangat penting demi kelangsungan proses demokrasi yang sihat.
3. DMPM merujuk kepada perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan jumlahb peratusan pengundian sebanyak 65.85% sahaja.

Jumlah keluar mengundi itu adalah jauh lebihb rendah daripada jangkaan SPR iaitu sebanyak 70% pengundi keluar mengundi. Sedangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) peratusan keluar mengundi bagi kerusi DUN Melaka adalah melebihi 80%.
4. Oleh itu Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru anak muda agar memanfaatkan ruang memilih yang telah diberikan melalui pewartaan undi 18 agar suara anak muda menjadi sebahagian dari penentu keputusan negara.
Dr Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
2 Disember 2021 | 27 Rabiu'lakhir 1443 H

Ulasan