Banjir Pasir Raja Mulai Surut


 KUALA TERENGGANU -  Air bah yang melanda sejak semalam, akibat hujan lebat yang turun beberapa hari lalu di Kampung Pasir Raja Hulu Dungun, mulai surut pada pagi ini.

Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Tengku Md Hamdan Tengku Mahmud berkata, jumlah mangsa banjir masih kekal seramai 21 orang.

“Alhamdulillah, banjir yang melanda sejak pagi semalam (Sabtu) sudah kurang dan hujan pun sudah berhenti, semua mangsa banjir masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” ujarnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman meneruskan operasi melawat Kawasan yang terjejas dan menyatuni penduduk yang terkesan dengan bencana tahunan itu.


Beliau yang juga Pengawai Penyelaras DUN berada di kampung Minda Talong pagi ini turut bersama pihak keselamatan dan Jabatan Kebajikan menyelamatkan mangsa terlibat kejadian banjir.

“Misi menyelamat Salleh Bin Cik Mat biase orang panggil Pok Harun. Terkepung dengan banjir di Paya Melong Minda bersama isteri.

“Dimaklumkan Pok Harun mengalami simptom demam jadi team dari KKM dan Balai Polis Jerangau  mengambil tindakan penyelamatan segera. Insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan.” Ujarnya melalui catatan dalam laman sosialnya.

Sehubungan itu, beliau berdoa agar semua penduduk selamat daripada sebarang kecelakaan dan kejadian yang tidak diingini  serta menasihatkan agar orang ramai berwaspada dan jangan leka ‘bermain banjir’.


“Berikutan peningkatan jumlah mangsa banjir dalam kalangan warga DUN Bukit Besi sebuah NGO, Kami Prihatin membuka peluang kepada mana-mana dermawan,

“mereka yang ingin tampil membantu bolehlah menghulurkan bantuan melalui nombor akaun Maybank KAMI PRIHATIN DUN BUKIT BESI No Akaun : 563091024919,”jelas beliau.

Semoga dengan itu, kata beliau, segala jasa baik para penyumbang, diberi ganjaran oleh Allah dan hanya DIA sahaja yang membalasnya.

Ulasan