Bilik Gerakan Banjir Siap Siaga Hadapi Luruan Monsun


DUNGUN - Bilik Gekan Banjir bagi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dungun sentiasa bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa, sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.

Pengerusi Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) kawasan tersebut, Khairul Ismail (Gambar) berkata tumpuan diberikan kepada DUN Bukit Besi berikuta amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi  Malaysia (MetMalaysia)

Katanya, disamping persiapan menghadapi luruan Monsun Timur Laut, sudah kebiasaannya beberapa tempat di sana terlebih dahulu  berisiko untuk banjir.

"Kita sudah mengarahkan KHIDMAT DUN Bukit Besi bersedia dan standby tidak keluar daripada tempat masing-masing.

Banjir gelombang kedua di Kampung Pasir Raja, pada pada 15 Disember 2021

" Ini berikutan ramalan banjir akan bermula dari sebelah sana seperti Kampung Pasir Raja., Kampung Jongok Batu, Kampung Shukor dan Kampung Kuala Jengal," katanya ketika dihubungi petang semalam 

Khairul berkata demikian ketika mengulas persediaan PAS Dungun  mendepani amaran hujan lebat  bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 yang berkemungkinan berlakunya bah.

Menurutnya lagi, pihaknya juga turut bekerjasama dengan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT) yang menyediakan kenderaan pacuan empat roda untuk kerja-kerja pemindahan.

"Kita juga sedia bekerjasama dengan agensi - agensi kerajaan untuk penempatan Pusat Pemindahan Sementara(PPS) yang akan dibuka bila - bila masa,"ujarnya lagi.

Ulasan