DHPP Lebarkan Pengaruh

 


KUALA TERENGGANU - Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) melebarkan pengaruhnya apabila berjaya menambah seramai 388  keahlian baru pada November lalu.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sayugia sayap parti itu membentangkan laporan setiap kali. mesyuarat agung,

Menurutnya, anggota bukan Isllam terus meningkat, membuktikan semakin ramai mula menyertai gerakan Islam.

“Ini mungkin kerana kita telah menunjukkan bahawa kita sangat berintegriti selama lebih 30 tahun memerintah negeri Kelantan dimana ia terbukti bahawa kalangan bukan Islam boleh hidup dengan harmoni tanpa wujudnya sebarang gangguan.

“Waktu Kelantan mula-mula diambil alih oleh PAS terjadi suatu masalah perkuburan Tiong Hua, lalu almarhum Tuan Guru Nik Aziz sediakan tanah untuk perkuburan mereka, begitulah yang kita lakukan bila kita mentadbir. 

"kita berikan hak kepada rakyat dengan adil tanpa wujudnya perkauman oleh kerana itu kita semakin mendapat tempat di kalangan bukan Islam di negara ini. Saya yakin selepas ini akan ramai lagi akan menyertainya” ujar beliau.


Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Program Kenali DHPP, Sempena Sambutan 70 Tahun Ulang Tahun PAS, di Sumai Hotel, pada Ahad 12 Disember.

Mengulas lanjut katanya, DHPP dahulu dikenali sebagai 'penyokong' menjadi 'pendokong', bagi memperkasakan organisasi yang memainkan peranan baik selama ini.

Katanya, setiap kali pilihan raya calon DHPP sentiasa diketengahkan dalam memenangi hati pengundi terutama di di kawasan yang majoritinya bukan Islam.

“Termasuk PRN Melaka baru-baru ini kita kita berhasrat memperuntukkan kerusi kepada DHPP, tetapi di tempat tersebut masyarakatnya didominasi oleh kaum Tiong Hua, jadi kita telah berikan kerusi kepada gerakan." jelasnya

Oleh itu, beliau yakin DHPP akan terus meluaskan sokongan PAS kepada  semua kaum termasuk di Sarawak yang terdiri daripada kaum Bidayuh, Kadazan, Iban dan sebagainya.

“Juga menawan hati dalam kalangan orang asli, ini agar ia diangkat menjadi satu dewan yang besar dan apa yang perlu diketahui PAS adalah parti yang sangat terbuka,” tambahnya.

Ulasan