Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU - Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI) sebagai sebuah NGO Media perlu melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mempamerkan kehebatan Islam dan mengekalkan momentum pergerakan.
Pengerusi Naraza Muda, berkata, pihak NGO mestilah melaksanakan apa yang dituntut oleh agama.
"Kita nak tengok satu kehebatan bagaimana nak jadikan luar biasa.
Kita telah melaksanakan dan bekerja percaya atau tidak Allah SWT yang tentukan.
"Kita bukan terpaksa bersembunyi dalam gua untuk mencari keredhaan Allah. Kita berada di dunia realiti dan hari ini alhamdulillah orang yang sebelum ini kata tak boleh menulis nama tapi boleh menulis nama," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program retreat media KAMI, di Marang Village Resort & Spa pada Sabtu, 4 Disember yang lalu.
Menurutnya, untuk mengekalkan sebuah NGO ataupun persatuan yang boleh bertahan 10 tahun adalah perkara luar biasa.
"Kita ada keserasian dan ada perkara yang kita suka berada dalam satu kumpulan. Sebenarnya kita kena lihat bagaimana pembentukan Islam dan bagaimana kesedaran Islam sudah disemai dan hidup di corok kampung.
"Kenapa kita tak boleh tulis satu artikel untuk yakinkan bahawa kekuatan PAS adalah besar kerana mempunyai aset-aset dan institut pengajian Islam di seluruh pelusuk.
"Inilah kita harap.Kena olah video, setakat ini tidak ada video yang menusuk kalbu," ujar beliau.
Beliau menambah, pada zaman era teknologi media baharu ini hendaklah menceritakan dan mengambarkan kekuatan serta , menghimpun anak-anak PASTI yang telah berjaya kerana telah berpuluh-puluh tahun mempunyai universiti PASTI.
"Penulisan dan gerak kerja kita bagaimana memberitahu seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia kita bahawa parti PAS adalah satu-satunya parti Islam yang berakar umbi diseluruh pelusuk kampung.
"Kami akan membantu sebagai platform iaitu orang ketiga kerana dinegara luar kuasa ketiga ini adalah kuasa terbesar dalam menentukan siapa akan memerintah negara.
"Hari ini kita baru sedar ada penyakit lagi iaitu rakyat malasyia tidak minat politik. Kita mesti menjadi platform pada golongan-golongan anak-anak kita yang tidak lagi minat berpolitik," katanya.
Justeru itu pihak media platform pihak ketiga iaitu NGO mesti mengambil peluang dan bersama-sama melaksanakan apa yang digariskan.
"Halangan itu adalah kekuatan kepada kita untuk berukhuwah dan kita kena fikir dan terus fikir bgaimana nak letakkan NGO KAMI ini dipersada yang hebat.
"satu NGO atau syarikat yang luar biasa sebab itu kegagalan kita itu menjadi satu muhasabah yang kita ambil positif dan jangan kita melemahkan," tambah Naraza lagi.
Ulasan