BESUT - Seramai 200 orang peserta Khatan Perdana Besut 2021 anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut yang telah berlangsung selama dua pada 26 dan 27 November 2021 lalu.
Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi hari ini berkata, program kali ini bertemakan "Datang,Kerat dan balik" ekoran pandemik dan untuk memastikan prosedur operasi standarg (SOP) dapat dijaga.
"Alhamdulillah,dalam keaadan serba kekurangan dan kekangan akibat pandemik kami dari Pejabat Penyelaras Parlimen Besut berjaya menganjurkan Khatan Perdana Peringkat Parlimen",ujar Dr. Riduan.
"Terima kasih buat semua yang telah menjayakan program ini terutama para medik dari Papisma, MediCom dan agensi bukan kerajaan (NGO) yang sanggup beetungkus lumus,”ujarnya.
Katanya, Program tersebut berlangsung di Kompleks Tahfiz Annur Besut selama dua hari bermula hari Jumaat dan Sabtu 26 dan 27 November 2021 dengan kekuatan 10 orang doktor.
Menurutnya, Khatan Perdana adalah program tahun dianjurkan bertujuan untuk membantu warga Besut khususnya yang kurang berkemampuan.
Ulasan