Khidmat Malaysia Hulu Ucap Tahniah

 


KUALA TERENGGANU - Khidmat Malaysia (Khidmat) Hulu Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengarahnya , Dr Suhazeli Abdullah, semua Ahli Jawatankuasa dan para sukaralewan.

Pengerusi Khidmat Kawasan itu, YB Ustaz Maliaman Kassim, berkata 250 orang sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan banjir di Kuantan pada 23 - 25 Disember lalu.

“Matlamat utama misi tersebut adalah menyantuni mangsa banjir secara psikologi, membersih rumah serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan menyediakan makanan kepada mereka yang berada dalam serba kesulitan.


“Tumpuan pasukan kita adalah di Bukit Rangin, Kuantan dan kawasan berhampiran, yang terjejas teruk akibat banjir.” ujarnya dalamsatu kenyataan media semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil itu turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan dan agensi Khidmat Hulu Terengganu yang terdiri dari gabungan Jabatan Amal, Ameerah, Muslimat PAS, Bridget Muslimat, PAHAT dan beberapa NGO yang bertungkus lumus menjayakan misi bantuan kali ini.

“Semoga Allah memberkati kita semua dalam kerja kerja yang ikhlas ini.” tambah beliau.


Ulasan