27 Disember 2021

Matlamat Perjuangan PAS Tidak Berubah


KUALA TERENGGANU - Matlamat perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetap satu dan tidak pernah berubah sejak penubuhannya pada tahun 1951 iaitu untuk meninggikan hukum Allah.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman melahirkan kesyukurannya, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sudah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

"Alhamdulillah ianya berlaku semasa PAS menerajui Terengganu dan walaupun kita tidak menang 2004, tetapi orang tidak berani untuk menghapuskannya atau membatalkannya sehingga PAS diberikan kembali amanah untuk memerintah Terengganu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas  program bual bicara 'Obor Yang Membakar' yang disir secara langsung menerusi Lubna TV pada Khamis 23 Disember.

Program itu turut menampilkan Pengerusi As-Sabiqat, Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Zaitun Salleh dan  Pengarah Ameerah  Terengganu, Asma Abdullah. 

Mengulas lanjut, katanya walaupun cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan kerana bergantung kepada peringkat persekutuan. 

"Alhamdulillah, hasil sokongan rakyat kepada PAS dan pemimpin - pemimpin yang ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 

"Dengan keberkatan Allah, 18  daripada 20 manifesto telah dapat dilaksanakan dan royalti minyak yang ditarik telah diberikan kembali," jelasnya.

Tiada ulasan:

Rayuan Pembangunan Semula Gaza

Pegawai Palestin pada hari Isnin menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada Gaza untuk membina semula wilayah tepi laut da...