'Monsoon Ride' 70 Tahun PAS Terima Sambutan Luar Jangkaan


KUALA NERUS – Musim tengkujuh di Terengganu tidak menghalang semangat lebih 500 orang peserta menyertai acara Kayuhan Basikal Monsun Ride sempena Sambutan Ulang Tahun 70 Tahun Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pagi tadi.

Pengarah program, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kayuhan santai sejauh 20 Kilometer itu diadakan bagi mempromosikan budaya dan gaya hidup sihat kepada masyarakat, sejajar dengan Terengganu sebagai negeri mendominasi sukan berbasikal.

“Saya dimaklumkan bahawa sasaran peserta program ini seramai 200 orang sahaja, namun jumlah penyertaan telah meningkat sehingga ke 500 orang daripada pelbagai lapisan umur menyertai kayuhan bermula di Perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak.

“Turut menyertai, bintang pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang turut memeriahkan lagi aktiviti rekreasi ini disamping merasai pengalaman berlumba dalam suasana Monsun Timur Laut.


“Dalam masa yang sama, para peserta daripada dalam dan luar negeri dapat menyelusuri mercu tanda Terengganu seperti Jambatan Angkat (Drawbridge), menuju Pasar Payang, Kampung Cina dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas acara pelepasan Kayuhan Basikal Monsun Ride di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Wan Sukairi mengucapkan tahniah buat Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang telah berjaya menganjurkan program Monsoon Ride pada pagi ini dengan penyertaan yang begitu memberangsangkan meskipun dalam waktu yang singkat.

Dalam pada itu, sambutan signifikan parti tersebut turut diisi pelbagai aktiviti program buat anak muda lain seperti Konvoi Bermotor, Pertandingan Penalti, Pameran Kenderaan 4x4 dan banyak lagi

Ulasan