KUALA NERUS - 70 tahun PAS berjuang di persada politik, bukan semata-mata hanya mahu menang pilihan raya dan memerintah, namun perjuangannya adalah mendidik masyarakat agar beriman dan bertakwa kepada Allah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat (DUPP), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, matlamat PAS sentiasa relevan dulu, kini dan akan datang.
“kita mendidik berpandukan dosa dan pahala bagi menyelamatkan seluruh masyarakat di dunia dan akhirat.
“kita tanamkan dalam diri terutamanyan anak muda yang begitu terdorong menggunakan media sosial agar setiap apa yang ditulis dan dikongsikan adalah perkara yang baik serta bermanfaat” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika berucap atas Pentas Anak Muda sempena Sambutan Ulang Tahun 70 tahun PAS di Perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, pada Sabtu 12 Disember.
Katanya, oleh kerana itu PAS, maka dilihat mampu merubah masyarakat di sesebuah lokaliti.
“Sebagaimana satu kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong yang dulu terkenal sebagai tempat berlaga ayam, tetapi PAS telah merubah masyarakat dan menjadikannya kuat sehingga tidak pernah kalah setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) ,” katanya.
Ulasan