12 Disember 2021

PAS Parti Semua Generasi


KUALA NERUS - Konvoi 300 buah motosikal menunjukkan PAS disertai oleh semua generasi, serta mendapat sambutan dan penyertaan golongan muda. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang bersama kumpulan tersebut dari Dataran Muzium Negeri Terengganu ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu sempena sambutan Ulang Tahun ke-70 Parti Islam SeMalaysia, hari ini.

Beliau yang juga , Menteri Tenaga Dan Sumber Asli,memuji aktiviti berkenaan dikendalikan Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Alternative Riding Club (ARC) Malaysia itu sebagai salah satu acara terbaik yang disenaraikan sempena sambutan tersebut.


"Bagi pihak PAS Pusat, saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda kerana berjaya mendapatkan penyertaan difahamkan lebih 300 buah motosikal berarak dengan kerjasama baik pihak Polis. 

"Ini perkembangan yang amat baik bagi PAS sebagai parti tertua di negara kita, yang ditubuhkan sebelum merdeka lagi." ujarnya ketika ditemui. 

Secara peribadi, bekiau mengharapkan Pemuda PAS dapat memperbanyakkan lagi kegiatan seumpama ini  seperti berbasikal, berkuda dan sebagainya. 

"inilah aktiviti yang boleh mendisiplinkan anak muda kita dengan aktiviti sihat," tambahnya. 

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...