25 Disember 2021

PAS Terengganu Sumbang RM50 Ribu Kepada Mangsa Banjir


KUANTAN - Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Pahang, PAS Terengganu menghulurkan sumbangan sebanyak RM50 ribu.

Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bantuan wang tunai itu telah diserahkan kepada PAS Pahang untuk diagihkan kepada rakyat yang terjejas bah.

"Sumbangan ini diberikan bagi kegunaan untuk membantu mereka yang terjejas di samping menampung untuk misi bantuan banjir.

"Sumbangan tersebut disampaikan oleh , Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang dan diterima oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang," katanya dalam majlis penyerahan sumbangan terbabit di sini, pada semalam.


Hadir sama, Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, Hanafiah Mat.

Terdahulu, Ustaz Wan Sukairi bersama sukarelawan Khidmat Malaysia membersihkan kediaman serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa di Taman Bukit Rangin Perdana 2.

Difahamkan, operasi pembersihan premis dan rumah terjejas banjir akan diteruskan di sekitar Pahang esok.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...