Peluang Anak Muda Dalam Demokrasi


KUALA TERENGGANU - Undi 18 telah diwartakan berkuatkuasa bermula 15 Disember 2021 adalah peluang besar untuk anak muda.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut Ustazah Fadilah Syed Hamid berkata, usia 18 tahun adalah munasabah untuk seseorang itu membuat sesuatu keputusan yang penting. 

"Walaupun mereka juga kadang kalanya mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan persekitaran." jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan laman sosialnya, hari ini.

Oleh itu, kata beliau, alangkah bagus sekiranya mereka diberi ruang untuk memilih pemimpin yang mampu tadbir urus negara dengan baik di masa hadapan. 

"Ini juga peluang bagi anak muda untuk melihat sesuatu isu dari perspektif yang berbeza. 

"Namun begitu, aspek dari pendidikan politik juga haruslah dititikberatkan." ujarnya.

Malah katanya, ia mesti dipertingkatkan dalam kalangan anak muda supaya pemilihan mereka ini membawa ke arah keharmonian dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara. 

"Amat merugikan sekiranya mereka diberi peluang mengundi tetapi tiada pendedahan kepada pendidikan politik dan hanya memilih bakal pemimpin secara semberono sahaja." tambahnya.

Justeru beliau berharap, dengan penglibatan anak muda dalam demokrasi ini menjadi titik tolak kepada mereka tentang betapa seriusnya pendidikan politik dan peranan mereka untuk masa hadapan.


Ulasan