Perjuangan PAS Bersifat Holistik


DUNGUN -  PAS tidak hanya memperjuangkan politik semata-mata tetapi sebagai sebuah harakah Islamiah, ianya mestilah bersifat holistik, menurut lunas Islam  dalam semua aspek kehidupan.

Timbalan Ketua Ulama PAS Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh memberitahu, gerak kerja PAS memenangi hati sasaran dakwahnya perlulah menyeluruh. 

"Ini termasuk dalam aspek perawatan, kadang-kadang ramai yang ketika mana Allah uji dengan sakit, terutamanya sakit yang bersifat kerohanian, mereka tidak kisah untuk mendapatkan rawatan dan kesembuhan daripada siapa sekali pun.

"Kadang-kadang ada yang terperangkap dengan perkara tahyul, khurafat, bidaah dan bercanggah dengan syarak, jadi di sinilah perlunya kita memiliki kemahiran, 

"walaupun hanya untuk peringkat asas supaya kita boleh menyelamatkan ramai orang yang telahpun terperangkap dengan perawatan yang tidak syarie," jelasnya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas Program Terapi Mandiri Semarak Nurani yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan, Muslimat PAS Terengganu, pada Selasa 16 Disember lalu.

Menurut beliau, tenaga 'frontliners' Muslimat akan berdepan dengan sasaran dakwah, perlu memiliki banyak kemahiran peribadi yang mungkin boleh mengikat hati mereka kepada perjuangan Islam. 

"Tidak semestinya dalam bentuk kewangan, orang lebih terhutang budi kalau kita pernah menolong dan dia akan jadi satu jambatan yang boleh menghubungkan kita untuk sentiasa menyampaikan mesej perjuangan," katanya lagi

Ulasan