Ahad yang lalu, saya telah menerima satu amanah baharu dari kepimpinan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu bagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Pas Negeri Terengganu yang baharu.
Hari ini, diadakan sesi serah tugas antara mantan Setiausaha kepada Setiausaha yang baharu.
Sesungguhnya 'taklifan' ini bukan sekadar memegang jawatan.
Tetapi ia adalah sebuah tugasan yang akan dipersoalkan kelak. Doakan agar diri ini diberi kekuatan dengan naungan Allah SWT untuk menjalankan amanah ini.
Terima kasih buat mantan Setiausaha, Tuan Haji Muhyiddin Abd Rashid atas segala sumbangan dan jasa sepanjang menjawat jawatan ini.
#TeguhPertahan
Wan Sukairi Wan Abdullah
Rabu, 1 Disember 2021
Ulasan