370 Nelayan Terima Bantuan


DUNGUN - Seramai 370 orang nelayan menerima bantuan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. 

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Cikgu Alias Harun berkata program tahunan sejak 2010 adalah rutin ini untuk membantu golongan tersebut setiap kali musim tengkujuh. 

"mereka tidak dapat ke laut untuk menangkap ikan yang merupakan punca pendapatan mereka.

"sedikit sumbangan yang kita beri hari ini terimalah seadanya, insya-Allah di masa akan datang kita santuni lagi dengan program lain pula," katanya selepas majlis tersebut. 


Program itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli diadakan di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini pada Jumaat 28 Januari.

Menurut Cikgu Alias, setiap nelayan telah menerima wang tunai, sekampit beras dan seekor ayam.

Dalam pada itu, Ustaz Wan Hassan berkata, setiap kesulitan yang dilalui ketika berada di laut adalah kerana Allah hendak menjadikan mereka kuat.

"Sebab itulah dengan adanya kekuatan kita(nelayan) dapat meneruskan kerja menangkap ikan di tengah laut hingga ke hari ini,

" terimakasih banyak kerana kita menjadi pembekal kepada daging - daging ikan yang segar dengan hasil laut, " tambahnya.



Ulasan