KUALA TERENGGANU – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) bergabung tenaga menyediakan dua kawah gulai daging untuk 1000 orang mangsa banjir di Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang.
Mereka terdiri daripada Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI) bekerjasama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Syarikat NR Cafe, KT Care dan WAM Care, turun padang bagi membantu rakyat yang terkesan.
Ketua Kluster Kebajikan KAMI, Azizah Mahmood berkata, kumpulan tersebut juga telah membaiki sebuah rumah yang rosak dilanda bencana itu.
“Kami sudah berada di sini sejak tiga hari lalu dan hari ini adalah hari terakhir, kami akan menyediakan makan tengah hari untuk diagihkan kepada penduduk,
“semalam kami telah berjaya membaiki sebuah rumah, kekuatan kami seramai 25 orang dan kerja-kerja akan diterus pada misi yang akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi KAMI, Naraza Muda berkata, ia bertujuan penyelarasan gerak kerja berfokus kepada mangsa.
"Kita fokus kepada pembaikan rumah yang dikenal pasti dan serahan barangan keperluan kepada mangsa berdasarkan keperluan semasa atau pasca banjir," jelasnya ketika dihubungi.
Sehubungan itu katanya, KAMI juga telah melancarkan untuk mambantu mangsa banjir di seluruh negara dan melaksanakan apa jua usaha yang terdaya, bagi kebajikan mereka.
"Ayuh bersama kita hulurkan sumbangan menerusi akaun KELAB AKTIVIS MEDIA INSPIRASI, RHB No. 21306160028550.
"Sebarang pertanyaan, boleh hubungi, saya di talisn 0199861384 dan Azizah Mahmood, 0169214146 dan segala perhatian dan sumbangan yang dihulurkan diucapkan terima kasih," tambah beliau.
Ulasan