MTD Kijal Menang 'Keluargaku Ahli PAS'

 


Oleh : Alfian 

KEMAMAN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal merangkul tempat pertama kempen 'Keluargaku Ahli PAS' yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kemaman. 

Setiausaha MTD Kijal, Adnan Mohamad mengucapkan tahniah kepada semua Cawangan PAS di MTD Kijal kerana kemenangan ini.

"Saya sebagai wakil MTD Kijal terharu dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Cawangan PAS di Kijal yang berusaha keras dalam menjayakan kempen ini," katanya.

"Kempen ini amat proaktif kerana disamping penambahan ahli, ianya juga menggerakkan ahli cawangan dalam membuat kerja-kerja parti pada setiap masa." ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut di sebuah Resort, di sini semalam Jan 2022. 

Oleh itu, beliau berharap momentum kerja cemerlang itu dapat diteruskan sehingga pilihanraya umum akan datang. 

"semua petugas terus laksanakan amanah bukan ketika PRU, baru cawangan sibuk untuk membuat tugasan seperti cula, kempen, ziarah dan sebagainya," tambah nya. 

Dengan kemenangan itu, MTD Kijal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah sebanyak RM1,500 sebagai pemenang.

Seramai 428 ahli baru berjaya dikumpulkan dan mengisi borang setelah pelancarannya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid pada 1 Disember 2021 lalu di Dewan Habib Noh, Bukit Kuang.


Ulasan