Muslimat, NGO Ganding Bahu, Prihatin Mangsa Banjir.


DUNGUN - Muslimat PAS Dungun dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berganding bahu menghulurkan bantuan tanda prihatin terhadap mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 

Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata, mereka datang  di PPS Kampung Syukor dan Pasir Raja bersama dengan barangan keperluan, terutamanya untuk kanak-kanak yang terkesan.

"Untuk keluar mendapatkan bekalan susu dan lampin pakai buang bukanlah mudah ketika kawasan kampung mereka di landa banjir, jadi kami bawa untuk disumbangkan untuk meringankan beban," katanya selepas lawatan tersebut pada Isnin 3 Januari. 

Turut sama rombongannya adalah  AMEERAH Kawasan Dungun, Jabatan Amal Malaysia(JAM) Bukit Besi, NGO KEMAYANG (Kelab Kebajikan Wanita Masih Ada Yang Sayang Terengganu) dan Kelab Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT).


Disamping mengagihkan bantuan, beliau turut menyampaikan tazkirah ringkas dan risalah ''Kekal Jaga Aurat di Musim Banjir' diedarkan kepada golongan wanita. 

Khairiah berharap agar mereka  menerima ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan keredaan. 

"Jika  dibandingkan dengan mereka yang juga mengalami banjir baru - baru ini di beberapa Negeri seperti di Selangor dan Pahang, penduduk - penduduk di sini lebih bernasib baik  sebab selalu berhadapan dengan banjir jadi dapat buat persediaan dari awal. 

"Sedangkan mereka buat pertama kali dengan banjir besar sehingga rumah hanya nampak bumbung dan banjir lumpur yang teruk," tegasnya

Ulasan