PASTI An-Naziha Harumkan Nama Terengganu


BESUT - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Naziha telah berjaya mengharumkan Negeri Terengganu apabila berjaya mengondol kejuaraan dalam dua kategori dalam E-Alam Ria Pasti Malaysia 2021

Gurunya, Asiah Ibrahim berkata, kejayaan dua pelajar iaitu Wan Ahmad Fayyadh Wan Abdul Quddus mendapat Johan dalam acara bercerita bagi kategori lelaki, dan Nur Amani Kamila Ahmad Kamil, johan berpidato adalah hasil kerjasama dan kesungguhan tenaga pengajar, ibubapa dan pengurusan PASTI menjadi faktor kejayaan mereka.

"Guru-guru bersungguh-sungguh apabila melihat bakat kedua pelajar berkenaan  dan mengasah bakat mereka  pagi dan petang setiap hari," jelasnya lagi yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat. 


Asiah berkata demikian ketika ditemui  di premis pra-sekolah itu di Padang Luas di sini pada semalam. 

Menurutnya, keputusan kemenangan telah diumumkan dalam Majlis Penghargaan PASTI Malaysia dan Penyampaian Hadiah Pemenang e-Alam Ria 2021 di Kelab Tasik, Putrajaya pada 14 Januari lalu.

"Dalam persembahan yang diadakan secara atas talian itu, menyaksikan  PASTI Negeri Terengganu turut mengungguli acara kategori Bercerita Perempuan dan meraih Naib Johan, Hafazan Perempuan  sekaligus muncul juara keseluruhan,"ujarnya.

Ulasan