27 Januari 2022

Tujuh Keluarga Tinggal Sehelai Pinggang Dapat Rumah Baharu


KEMAMAN - Tujuh keluarga yang tinggal sehelai sepinggang setelah tempat rumah mereka di Taman Islam  hangus dalam satu kebakaran, akan dapat rumah baharu. 

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Mat berkata, pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM60,000 sebuah. 

"peruntukan Tabung Darul Iman kita akan segerakan pembinaan bermula awal bulan Mac dan insya Allah menjelang Hari Raya, mereka boleh berpindah ke rumah baharu," katanya kita dihubungi hari ini. 


Menurut Mudir Pusat Pengajian Taman Islam, Ustaz Mohd Rabi Ali @ Ustaz Haji Wahab berkata, kejadian yang berlaku  pada 7.40 pagi itu membabitkan rumahnya.

Beliau yang juga tenaga pengajar pusat berkenaan dan kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS) DUN Cukai, kebakaran berlaku dengan pantas.

"Api yang marak terlalu cepat menyebabkan tidak ada yang dapat diselamatkan, dua buah almari yang mengandungi kitab-kitab saya juga habis terbakar, Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa, " katanya.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...