Beberapa Kampung Hulu Besut Ditenggelami Air


 Oleh : Rohayati Ripin

BESUT - Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari ini menyebabkan beberapa kampung mulai ditenggelami air.


“Pagi tadi sempat turun ke beberapa pusat pemindahan sementara dan menyampaian sedikit sumbangan.

“Seramai 53 orang jumlah mangsa banjir yang membabitkan lapan buah keluarga kini ditempatkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di kawasan Hulu Besut, hari ini. “ kata Setiausaha PAS Kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar

Beliau berkata, semua mangsa berkenaan di letakkan di tiga pusat perpindahan iaitu di Belaoh, Keruak,sekolah  Kebangsaan Darau, dan Masjid Gong Duek.

"Seramai lapan orang yang ditempatkan di PPS Belaoh, 15 orang di Sekolah Kebangsaan Darau dan 30 orang di Gong Duek," jelasnya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, bantuan relah disalurkan ke kawasan yang tenggelam ialah Kampung Awek, Lapang Kejor, Kampung Belaoh.

"Kita hantar bantuan makanan pusat perpindahan. Semalam kita pergi PPS Belaoh, pagi ni ke Sekolah Kebangsaan Darau," ujar beliau.

Justeru itu, beliau menasihati kepada para pemduduk agar berhati -hati dan berwaspada serta mendengar arahan daripada pihak berkuasa.

"Nasihat saya penduduk kena pindah kalau air naik ke Pusat perpindahan kerajaan.

Sekiranya perlu bantuan kena hubungi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ataupun pengerusi Jawatankuasa Dan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing maknanya samada nak bantuan dari segi perpindahan, bantuan lain-lain dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"kalau sakit bantuan hak penting sekali bantuan hubungi dengan pihak hospital," tambah Cikgu Solah lagi.

Ulasan