Bulan Penghayatan Ibadah Solat, 'Road to Ramadan'


Oleh : Najihah Muhammad  

KUALA TERENGGANU - Rejab adalah bulan Penghayatan Ibadah Solat dan juga persediaan menyambut bulan yang penuh barakah, 'Road to Ramadan'. 

Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustazah Nurul Hayati  Yusof berkata, malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 

"Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Rejab Bulan Penghayatan Solat yang diadakan di Masjid Pulau Rusa di sini pada 5 Februari. 

Sempena program itu turut dilancarkan  Program Infaq Lailatul Qadar dan Solat Tasbih serta Solat Hajat (IMTIHAN) dihadiri seramai 40 orang Muslimat daripada seluruh Dewan Undangan Negeri(DUN) Wakaf Mempelam. 

Sementara itu Ketua Pemuda DUN,  Ustaz Abdul Manaf  Ghani yang juga penceramah jemputan untuk program yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu itu  berkata umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang mendapat syafaat ada tiga golongan. 

"Iaitu golongan yang yakin dan beriman, buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang serta perjuangkan apa yang Nabi saw perjuangkan," ujarnya lagi.

Ulasan