Kebakaran Taman Islam ; PAS Terengganu Sumbang RM31 Ribu

 


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menghulurkan sumbangan sebanyak RM31.53 ribu kepada mangsa kebakaran di Taman Islam, Kampung Bakau Tinggi, Cukai.

Pengarah Khidmat Malaysia (Khidmat) Kemaman, YB Cikgu Razak Ibrahim mengucapkan terima kepada rombongan BPPBT yang datang dan kepada semua pihak lain sebelum ini yang telah memberikan derma. 

"Jutaan terima kasih kepada BPPNT kerana sudi datang menjenguk dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

"Alhamdulillah, inilah kepentingan berjemaah bilamana ada yang terkena musibah, berbondong yang datang membantu bagi memastikan mereka (mangsa) dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya. 

Beliau yang juga ADUN Air Putih berkata demikian ketika dihubungi semalam. 

Gimik penyerahan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Senator Dato' Haji Husain Awang kepada wakil mangsa kebakaran, Ustaz Abdul Wahab Ali, pada Jumaat, 11Februari.

Turut hadir ialah ADUN Cukai, YB Hanafiah Mat, Timbalan KM Kemaman, Zawawi Mohamed dan Pegawai ADUN masing-masing.

Kebakaran yang berlaku jam 7:40 pagi pada 24 Januari lalu itu, memusnahkan tujuh buah rumah melibatkan 32 penghuninya, tinggal sehelai sepinggang. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. 


Ulasan