25 Februari 2022

Kreatif Susun Aktiviti


Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA NERUS - Jentera  Muslimat di semua peringkat mestilah kreatif menyusun setiap aktiviti gerakerja dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya, Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Shamsiah Abu Bakar berkata, mereka perlu ada kemahiran dan menyediakan  pelan strategik untuk terus bergerak.

"Usaha sehabis daya buktikan PAS Bukan kerajaan sepenggal seperti yang dimomokkan  orang umno dan munajat kepada Allah. mestilah sentiasa dilakukan," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Semarak Jentera Muslimat Teguh Pertahan di Kompleks Tarbiyyah Darul At-Takwa (KOMTAQ), pada 22 Februari. 


Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula berharap jentera muslimat yang sentiasa istiqomah akan menjadi kekuatan pada parti untuk mempertahankan kemenangan.

"Perancangan dan tindakan yang akan di laksanakan akan menjamin kita teguh pertahan kemenangan," katanya.

Tiada ulasan:

Haji : Perpaduan Umat Ke Arah Satu Kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahu...