Masyarakat Perlu Bersama PAS

 

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Masyarakat memerlukan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana penglibatan gerakan Islam itu  bukan sekadar berpolitik tetapi  aktiviti PAS meliputi semua keperluan manusia.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh  berkata  malah  juga sebagai satu landasan dalam pendidikan, kebajikan dan dakwah untuk mereka. 

"PASTI yang dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS adalah salah satu platform bagi mendidik anak-anak kita yang diawal persekolahan dalam mengenal dan mengamalkan ajaran islam," katanya.

Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Kijal itu berkata demikian  ketika merasmikan  Majlis Anugerah Prestasi dan Graduasi Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Al Mahabbah 2021 di Dewan Habib Noh, Bukit Kuang di sini pada Sabtu, 19 Februari.

"Parti adalah alat dan salah satu kaedah bagi membolehkan kita bertanding di pilihan raya untuk mendapat kuasa memerintah dalam mengatur kehidupan masyarakat mengikut acuan syariat Islam," ucap beliau dihadapan ibubapa yang hadir.

Ulasan