Muslimat PAS Marang Bantu Golongan Hawa Jana Pendapatan


Oleh : Fatimah Din 

MARANG - Muslimat PAS Marang membantu golongan Hawa menjana pendapatan dengan memberi kemahiran dan mengadakan bengkel jahitan.

Ketuanya, To' Puan Zarani Othman berkata, 'Bengkel Jahitan Wanita Sejahtera Marang' memberi perkhidmatan menjahit pakaian wanita dan kanak-kanak.

"Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ekonomi diri dan rumahtangga dengan menjahit pakaian ahli keluarga sendiri sekaligus dapat jimatkan kos perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Jahitan Wanita Sejahtera  Kampung Titian Baru di sini pada Khamis, 17 Februari.


Menyuntik semangat kepada 25 orang peserta bengkel beliau berkata, barang siapa yang berusaha,vakan mandapat hasilnya.

"Man Jadda Wajada, sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya," tegasnya. 

Sementara itu،, Penolong Setiausahanya, Khairul Nasyidah Ngah  memberitahu, bengkel jahitan sesi pertama ini dijalankan bertempat di Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Payong. 

"Manakala, sesi kedua di DUN Alor Limbat, sesi ketiga di DUN Pengkalan Berangan dan sesi keempat di DUN Rhu Rendang," tambah beliau

Ulasan