Pangkah Untuk Cari Makan


KUALA TERENGGANU - Terdapat penyokong atau ahli Umno memberi undi kepada parti itu semata-mata untuk mencari makan dan menjaga 'periuk nasi'. 

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, hal itu diakui sendiri pengundi parti berkenaan dan mereka mengakui PAS sentiasa membantu rakyat walaupun berbeza parti. 

"Tetapi bila mengundi pangkah Barisan Nasional, apabila kita tanya sebab apa pangkah BN, dia jawab, cari makan, tapi  kita tetap bantu juga walaupun kita tahu gitu, sebab kita membantu tidak mengira fahaman politik," katanya. 

Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Kuala Terengganu di sebuah restoran di sini semalam.

Program yang meraikan Assabiqun iaitu veteran PAS Kuala Terengganu itu turut dihadiri Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan tersebut, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalannya, Datuk Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Ladang, Ustaz Kamal Ali dan Pengarah MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed. 

Menurut Tengku Hassan, PAS sebagai kerajaan negeri telah banyak melaksanakan pelbagai pembangunan dan insentif-insentif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 

"Dari sudut penyediakan peluang pekerjaan misalnya, insya-Allah bulan depan, untuk pemandu lori saja 500 orang diperlukan,"katanya.

Ulasan