PAS Tidak Pernah Salah Guna Kuasa


HULU TERENGGANU - Tidak pernah berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pemimpin, sepanjang tempoh PAS mentadbir kerajaan  negeri Terengganu.

Pengerusi BERSATU negeri, Datuk Razali Idris berkata, ia bukti jelas  apabila tidak ada seorang pun yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“jadi kita kena pertahankan, walaupun saya tidak terlibat dengan urusan negeri tetapi saya melihat dan memperakui inilah kerajaan yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan kerajaan terdahulu,

“kerajaan ini juga telah melaksanakan segala manifesto yang telah dijanjikan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) beekata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini, pada Khamis 24 Februari.


Kata beliau, PN yang mentadbir negara  sebelum ini juga adalah gabungan  menyakinkan rakyat dengan khidmat yang ditawarkan untuk kebaikan negara.

“sebuah kerajaan berintegriti serta berkebajikan, ketika berjaya mengambil alih kerajaan dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menjadikan Malaysia salah satu negara terbaik di dunia.

"banyak bantuan yang diagih,  disalurkan puluhan billion ringgit,  diperuntukkan untuk bakul makanan dan sebagainya, walaupun perbelanjaannya begitu besar dalam sejarah  namun tidak berlaku ketirisan sebaliknya seluruh rakyat mendapat manfaat,” tegasnya.

Justeru katanya,  gabungan diantara PAS, BERSATU dan GERAKAN merupakan gabungan terbaik yang sewajarnya menjadi pilihan rakyat dalam menjamin kestabilan negara.

Menurutnya, pimpinan dua Tan Sri, Muhyiddin dan Tok Guru membawa 'sinar masa hadapan' yang lebih terang dan jelas 

“Kedua-duanya bukan dalam golongan bangsawan, malah merupakan rakyat marhaen seperti kita, inilah masanya untuk melihat pemimpin berjiwa rakyat memerintah negara kita,” ujarnya.

Ulasan