06 Februari 2022

Platform Untuk Orang Muda

 


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan menyediakan flatform bagi memastikan agar anak-anak muda sama-sama berjuang menegakkan Islam.

Ketuanya, Ustaz Harun Esa berkata, mereka sentiasa bersiap siaga agar  mendapat sokongan anak-anak muda kepada parti ini.

"Insya Allah akan disentuh dan disantuni serta kami akan meraikan dengan menyediakan platform yang terbaik kepada mereka  untuk memastikan kelangsungan jadual kehidupan mereka.

"Diantaranya dapat memenuhi tuntutan daripada  agama Dan juga serta dapat mengembirakan hati mereka, Insya Allah," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika temui di Lanchang Mentakab, Pahang, bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin bergotong royong untuk  membina  rumah baharu, semalam.

Menurutnya, Dewan pemuda PAS akan meneruskan legasi apa yang telah di rancang oleh kepimpinan terdahulu.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan beliau berkata, Pemuda telah menyediakan beberapa wasilah, membuka penyertaan kepada orang muda seperti Department of Art, Culture and Sport (DACS) untuk kesenian, kebudayaan dan sukan.

Selain itu, menurut beliau, Alternative Riding Club (ARC) adalah untuk rekreasi permotoran dan kebajikan dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) untuk kesukarelawanan serta badan beruniform dan banyak lagi.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh pemuda agar mengambil tempat dalam dunia politik tanah air bagi mencorak negara menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Haji : Perpaduan Umat Ke Arah Satu Kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahu...