PN Berjaya Tambat Hati Anak Muda Johor


KUALA TERENGGANU - Sambutan mengalakkan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) di negeri Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa gabungan diantara PAS, BERSATU dan GERAKAN itu berjaya menambat hati golongan terbabit.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senario semasa yang berlaku di negeri  terbabit akan memberikan peluang serta harapan untuk PN menang pada Pilihanraya Negeri. 

“Sambutan luar biasa yang agak mengejutkan itu menunjukkan penerimaan yang sangat baik di kalangan pengundi-pengundi muda dan kita yakin bahawa PN, insya Allah kita mengharapkan akan mencapai keputusan yang lebih baik dari sebelum ini.

“Saya juga nampak kerjasama diantara parti-parti kompenen dalam gabungan ini lebih kukuh berbanding di Melaka sebelum ini, saya tengok momentum serta kekuatan untuk meraih undi pengundi baru itu dengan melihat gerak kerja yang dilkukan juga mendapat sambutan baik daripada golongan muda ini,” ujarnya.

Beliau yang juga  berkata demikian pada satu sidang media, di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelan, di sini, semalam. 


Sebelumnya, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar Dan Air selepas melawat Tapak Cadangan Projek Menarik Taraf  Parit Tanah kepada Longkang Konkrit di Kampung Kubang Parit. 

Mengulas tentang parti MUDA yang pertama kali akan menyertai pilihan raya, Ustaz Tuan Ibrahim yakin anak muda Johor akan membuat penilaian serta keputusan yang bijak pada hari pengundian, 12 Mac nanti. 

“Mereka bukan hanya melihat parti tersebut tetapi akan melihat MUDA ini akan bergabung dengan siapa di belakangnya, kerana dalam konteks semasa tiada parti yang boleh bergerak secara bersendirian.

“Maka PN ini merupakan gabungan yang rakyat harapkan untuk melihat masa hadapan negara ke arah yang lebih baik daripada ada yang ada sebelum ini,”ujarnya.

Ulasan