14 Februari 2022

Rapatkan Ukhuwah Sambil Beriadah


Oleh : Hidayat Ibrahim

KEMAMAN -  Hubungan Muslimat dan Ameerah(Muslimat Muda Parti Islam Se-Malaysia) yang sering berganding bahu melaksanakan kerja-kerja Islam  sentiasa dipereratkan antaranya dengan beriadah.

Ketua Ameerah Dun Kijal, Ustazah Rumayso' Abdullah berkata disamping itu dengan beriadah ini juga adalah untuk kuatkan tubuh fizikal dan minda. 

" Riadah juga salah satu daripada bentuk dakwah,yang boleh ditunjukkan contoh dengan menutup aurat sempurna tidak menghalang untuk muslimat bersukan." ujarnya. 

Rumayso' berkata demikian di Program Teboh Badminton Suke-suke' bersama Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Kijal pada 11 Februari 2022 di Dewan Habib Noh di sini. 

Program yang dianjurkan oleh Ameerah DUN Kijal dimeriahkan  dengan kehadiran 40 orang yang terdiri daripada wanita muda dan  muslimat  daripada cawangan-cawangan bersama anak-anak cilik yang menceriakan lagi suasana  walaupun hujan  lebat.


Dalam pada itu,  Timbalan Ketua Helwa DUN  Rohimah Husin  menzahirkan perasaan gembira dan bangga dengan penganjuran program tersebut. "

Diharapkan  Ameerah dan Muslimat tidak berpisah dan terus saling bekerjasama seperti dirakamkan dalam surah As-Saff, ayat 4 yang bermaksud,"

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.", " katanya

Tiada ulasan:

Haji : Perpaduan Umat Ke Arah Satu Kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahu...