KUALA TERENGGANU - Sembahyang mampu membentuk akan keperibadian diri seseorang individu, akhlak atau tingkah lakunya adalah cerminan dari kesempurnaan solat yang telah dilakukan.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Ladang Ustaz Kamal Ali berkata,
manusia mestilah taat dan patuh pada perintah Allah dengan mengerjakan solat
dan tidak sesekali meninggalkannya.
"Kefardhuan solat telah diturunkan ketika Peristiwa
Israk Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab, begitu beratnya amanah yang telah
dipikul oleh Rasulullah S.A.W.
"kalau kita masih lagi ingkar dengan perintah Allah
untuk melakukan solat maka apakah perbezaan kita dengan orang kafir?,” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi taujihat dalam
Program Penghayatan Ibadah Solat peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) Ladang
pada pagi 5 Februari bertempat di Masjid Sungai Derhaka.
Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS DUN tersebut sempena Peristiwa Israk dan Mikraj turut diserikan dengan solat tasbih dan hajat.
Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Muslimat PAS
DUN, Zulaidah Idris ADUN Wanita,
Zuraida Mohd Noor dan juga wakil dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala
Terengganu.
Menurut Ustaz Kamal, cukup masa, setiap Muslim wajib
menunaikan perintah Allah tanpa melengahkannya.
"Allah S.W.T berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 103
yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat
itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan
ditentukan waktunya, " tegasnya di hadapan
50 orang peserta muslimat dari sekitar DUN itu yang hadir.
Ulasan