05 Februari 2022

Tanggungjawab Besar Ajak Pengundi Remaja Undi PAS


Oleh : Fatimah Din

MARANG - Setiap petugas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai tanggungjawab besar untuk mengajak pengundi remaja yang baru pertama kali mengundi untuk menyokong parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Mohd Embong berkata, mereka mestilah sentiasa didekati dengan cara sebagaimana yang telah disusun.

"Golongan remaja ini kadang kala bertindak dengan emosi bukan pada akhlak, jadi tugas kitalah untuk memberi kefahaman," katanya. 

Beliau berkata demikian di dalam satu anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut di Dewan Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang di sini semalam. 

Menurutnya, pastikan hala tuju 'Teguh Pertahan' bergerak diatas landasan betul dan perancangan juga mestilah disusun dengan rapi. 

"Kita buat kerja kita jangan hiraukan pihak lawan" katanya lagi.

Tiada ulasan:

Haji : Perpaduan Umat Ke Arah Satu Kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahu...