Terengganu Hijab Day' Beri Kefahaman Sebenar Tentang Aurat


Oleh : Fatimah Din 

MARANG - Program 'Terengganu Hijab Day'  adalah usaha kerajaan PAS Negeri Terengganu untuk memberi kefahaman sebenar kepada golongan wanita  tentang pemakaian hijab.

Ketua Ameerah Kawasan Marang, Siti Solehah Sudin, berkata, Islam tidak melarang 'kaum hawa' berfesyen asalkan pakaian menutup aurat dan menepati syarak. 

"Allah SWT menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna pada bahagian kepala sehingga dada. Tutup aurat dengan baik Allah akan mudahkan kita," ujarnya ketika dihubungi. 

Menurutnya, Program tersebut akan dilancarkan pada Sabtu 12 Februari bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. 

"Dimaklumkan program ini menyajikan pelbagai slot menarik kepada wanita, khususnya golongan muda seperti pertilunjukan fesyen, cabutan bertuah dan forum bersama selebriti Raja Farah dan Ustazah Asmak Husin.

"Tutuplah aurat dengan sebaiknya. Kepanasan dan kepayahan di atas dunia ini sementara sahaja yang akan memberikan kesejahteraan kepada kita di akhirat kelak." tambah beliau. 

Ulasan