Veteran Muslimat, Assabiqat Tetap Bersemangat

 


Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah berada di penghujung usia Veteran Muslimat Parti Islam Se-Malaysia( Assabiqat) tetap bersemangat dengan kudrat yang ada untuk aktif  di dalam gerakerja parti. 

Ketua Assabiqat PAS Terengganu, To' Puan Zaitun Salleh berkata  berada dalam jemaah rasa tidak pernah tua kerana dilazimi dengan ilmu untuk jiwa kita terus hidup.

"Perjuangan bukan untuk orang muda tetapi juga untuk orang tua macam kita, syariat hendaklah dii kuti oleh semua manusia tanpa terhad pada golongan tertentu," ujarnya.


Beliau menyebut demikian ketika menyampaikan ucapan mengalu - alukan kunjungan Assabiqat Kelantan di di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Wakaf Mempelam di sini pada 11 Februari.

Katanya, Assabiqat mesti dilibatkan dalam setiap gerakkerja parti. 

"Kerana pengalaman mereka amat mahal untuk terus bersama memikul amanah mempertahan kemenangan,"katanya lagi.

Manakala Ketua Assabiqat Kelantan, Ustazah Rahimah Husin dalam ucapannya berkata persahabatan ketika dalam pemusafiran menjalinkan ikatan ukhwah. 


Menurutnya, di peringkat Parlimen, mereka  seramai 90 orang terdiri dari 45 Dewan Undangan Negeri(DUN) dan sentiasa berusaha melaksanakan  gerak kerja mengikut sop pendemik Covid-19. 

"Assabiqat merupakan akar tunjang PAS yang  tidak mudah goyah." katanya  ketika menyampaikan ucapan  di hadapan 35 orang wakil Assabiqat dan wakil muslimat Negeri Terengganu. 

Kehadiran mereka turut disambut oleh Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu yang juga Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Zuraida Md Nor dan Setiausaha Muslimat Terengganu, Rahimah Muda.

Ulasan