Warga KT Sumbang RM33 Ribu Kepada Mangsa Kebakaran

Ustaz Wan Sukairi (tengah) menyampaikan sumbangan Warga Kuala Terengganu Terengganu kepada Mudir Pusat Pengajian Taman Islam Chukai Kemaman, Ustaz Haji Wahab Ali  disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat (kanan sekali) di sekitar kawasan kebakaran tersebut

KUALA TERENGGANU - Warga Kuala Terengganu berjaya menyumbangkan sejumlah RM33,000 bagi meringankan beban mangsa kebakaran Pusat Pengajian Taman Islam Kampung Bakau Tinggi, Chukai. 

Oleh itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menzahirkan penghargaan   kepada semua warga daerah tersebut. 

"ribuan terima kasih kepada yang bermurah hati menderma untuk penghuni tujuh buah rumah yang terbabit dengan kebakaran itu baru-baru ini." ujar beliau. 

Beliau yang juga Pengerusi Khidmat Malaysia Kuala Terengganu  berkata demikian menerusi satu hantaran dalam laman sosial organisasi tersebut hari ini. 

Ustaz Wan Sukairi turut mendoakan para penyumbang "mendapat pahala jariah berkekalan,” dengan kebajikan tersebut. 

Dilaporkan, tujuh kediaman yang dihuni 32 guru dan kakitangan pusat pengajian itu  musnah dalam kebakaran pada pagi Selasa lalu.

Ulasan