MERSING – Sebanyak 400 bekas bubur lambuk air tangan ‘orang Ganu’, muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang telah diagihkan kepada peneroka Felda Nitar 1.
Ketuanya, Rugayah Mahmood berkata, ini adalah antara aktiviti untuk mendekati pengundi-pengundi N33 Tenggaroh dimana Pusat Daerah Mengundi(PDM) Felda Nitar 1 terletak dalam DUN Tenggaroh.
“Kami menyediakannya mengikut resipi Terengganu, yang menggunakan ikan berbanding dengan resepi orang sini menggunakan daging atau ayam,” katanya.
Beliau ditemui selepas gotong-royong menyediakan bubur lambuk bersama Muslimat Bukit Gantang yang turut membantu di Markas PDM Felda Nitar 1, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, makanan tradisi Melayu itu, juga sebagai buah tangan semasa program ziarah Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia(PAPISMA) dan isteri Calon N33 Tenggaroh, Faridah Hanam Ismail.
Sementara itu, bagi Zuhriah Yusof, 69, gembira menerima buah tangan yang dianggapnya ‘special’ (istimewa).
“Nanti kalau teringin lagi hendak makan macamananya? selerohnya.
Sambil dijawab Cikgu Alias,” itu kena datang Terengganu”.
Warga emas itu dan suaminya, yang telah menjalani pembedahan tiroid terharu dengan kehadiran mereka, tidak sanggup tempat mereka sekali lagi orang bukan Islam menjadi wakil mereka di DUN Johor.
“Insya Allah kita hendak lihat kali ini, orang Islam jadi YB(Yang Berhormat) di Tenggaroh.” katanya.
Ulasan